Wednesday, January 30, 2008

10 Pre-coupling Money Musts

You're in love, you're committed, and now you've decided to take the big step that says "I'm yours/you're mine." Congratulations! Before you seal the deal though, get your financial affairs in order. Why? Because among the chief reasons couples often split are fights over issues that deal with money.

Here are 10 tips that will ensure you start off on sound financial footing before you co-mingle your finances with those of your prospective partner:

1. Check your credit report: Is it accurate? If not, take steps to have the record set straight.
“A good credit rating means you and your partner can buy that house or furniture.”
A good credit rating means you and your partner can buy that house or furniture.

2. Put a cap on credit card limits: If you leave yours open-ended it might be too tempting to spend, spend, spend. And soon it will be the two of you buying things!

3. If either of you own a business, assess its value. Regardless of whether the business is large or small, knowing what it is worth is important. Get a business appraiser to help you with this one. The two of you may want to grow this business, but knowing its worth and projected worth could be valuable.

4. If either of you have real estate, assess its value. How much equity do you have? Find out. You and yours might want to use it to buy a bigger place.

5. If either or both of you have pension plans, 401Ks, or IRAs, you need to know what they are worth today and inquire as to what they will be worth when you and your partner want to kick back and retire one day. Keep contributing to these plans.

6. Prepare a reasonable budget:
“Tally up what it's been costing you to live alone on a monthly basis.”
Tally up what it's been costing you to live alone on a monthly basis. Now, do it again with your partner in mind because soon you will be living on a budget for two! What's your new bottom line?

7. Organize your paperwork: Putting all your account numbers, financial statements, bank records, stock certificates and other items that have to do with your finances in one three-ring binder is one more way to get your financial house in order. Don't forget to keep it updated.
8. Make sure your taxes are current: You certainly don't want to go into a relationship with tax bills -- personal or property -- hanging over your heads. If you owe the IRS, pay them. A clean slate is important to the overall health of your relationship.

9.Prepare to close existing accounts and open new ones
: This goes for utilities, department store accounts, your online service -- anything you and your partner will both be using. You've heard the term: share and share alike.

10. If you have these, update your will and trust(s): This item is often the one most couples overlook but could become extremely important in terms of "who gets what" and "who handles what," should you be faced with an unexpected catastrophic circumstance or disability.

Sureduit : hangpa jgn ingat ini tip aku plak..nie aku ambik kat news yahoo tadi nie.. rasa sesuai utk tatapan warga blog semua... jd pakat2 laa ambik panduan mana yg elok noo....

Tuesday, January 29, 2008

Wajib berhijrah jika diri terancam


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.

Bagaimanapun, hijrah itu dituntut jika manusia berhadapan dengan beberapa keadaan. Ini termasuklah berhijrah untuk memperbaiki kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ABDUL NAZIR MOHAMED menemu bual Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman bagi membahaskan isu ini.

Mega: Apakah konsep hijrah yang masih perlu dilakukan oleh umat Islam?

ALUWI: Walaupun hijrah sebagaimana Rasulullah s.a.w. sudah tidak ada namun ada masanya kita wajib berhijrah terutama dalam usaha menyelamatkan iman dan Islam.

Hijrah masih wajib dalam keadaan di mana makin lama kita duduk di suatu tempat itu kita makin terganggu untuk beribadat, berhadapan dengan tentangan daripada jiran-jiran atau semakin susah hidup kita.

Kalau berterusan kita duduk di kawasan tersebut, dibimbangi persekitarannya akan merosakkan iman dan menjejaskan ketakwaan kita dan keluarga kepada Allah.

Dalam keadaan biasa, hijrah atau berpindah tempat itu hukumnya harus. Jangan kita bimbang berhijrah ke tempat baru jika ia sudah mencapai tahap wajib pindah.

Hayatilah firman Allah: Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (an-Nisa’: 100)

Apakah pula konsep jihad dalam aspek kekeluargaan?

ALUWI: Dalam hidup berumahtangga misalnya, jihadnya adalah bagaimana mahu membina keluarga supaya ia menjadi yang terbaik. Seterusnya merealisasikan slogan ‘rumahku syurgaku’.

Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya). (an-Nahl: 80)

Namun, kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung kepada persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka.

Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t. harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga.

Apakah antara ramuan membina ‘rumahku syurgaku’ ini?

ALUWI: Terdapat beberapa ramuan ke arah mencapai ‘rumahku syurgaku’. Asas paling penting ialah sewaktu proses pemilihan calon suami. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang antara lain maksudnya, apabila datang kepada kamu orang yang betul-betul kamu berkenan (untuk dijadikan menantu) dari segi agama dan akhlaknya hendaklah kamu terima. Jika tidak ia akan menjadi fitnah.

Islam menekankan aspek peribadi calon suami iaitu mestilah beriman selain melihat kepada rupa paras, keturunan dan hartanya.

Hal ini ditekankan kerana suami adalah ketua keluarga. Malah Allah turut menjelaskan tanggungjawab ini menerusi firman-Nya: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah belanjakan sebahagian dari harta benda mereka. (an-Nisa’: 34)

Ciri kedua ialah saling memahami dan bantu-membantu baik dalam urusan dunia mahupun akhirat. Ini juga adalah antara inti pati permohonan Nabi Allah sewaktu bermunajat kepada Allah.

Yang ketiga ialah kesefahaman (taffahum). Bagi saya, pasangan suami isteri hendaklah menjadikan kelainan pada ciri pasangan itu sebagai keserasian. Jangan jadikan ia faktor bertentangan.

Keempat, bergaul dengan elok dengan isteri dan juga kaum keluarga termasuk mertua. Ini termasuklah menjaga tingkah laku, sopan santun dan adab bercakap.

Keamanan dan kesejahteraan dalam sesebuah keluarga adalah amat penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Setiap ahli keluarga hendaklah melaksanakan hak masing-masing dengan sempurna.

Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.

Kelima, tumpu dan curahkan 100 peratus kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Adalah tugas dan tanggungjawab suami isteri mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah.

Ini dijelaskan oleh firman Allah: Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ia mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir. (al-Rum: 21)

Dari segi mendidik anak-anak masa kini, apakah pendekatan yang perlu digunakan?

ALUWI: Saidina Umar al-Khattab ada berpesan, didiklah anak kamu mengikut zamannya. Dengan kata lain, jangan didik anak sekarang berdasarkan zaman kita kecil dahulu.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekarang, ibu bapa perlu kepada kemahiran mendidik anak dan kepentingan menuntut ilmu. Mereka perlu tahu tentang komputer, Internet, teknologi digital dan sebagainya.

Namun, semua kemajuan dan teknologi itu perlu mempunyai hubungan dengan Allah. Contohnya, jangan disebabkan asyik dengan permainan atau melayari Internet kita lupa solat. Atau kita melayari laman-laman web lucah dan sebagainya.

Anak-anak perlu diterapkan dengan konsep ihsan iaitu seolah-olah kita melihat Allah atau sekurang-kurangnya meyakini bahawa kita sentiasa dalam pemerhatian Allah.

Dulu anak-anak tidak membantah dan menurut sahaja cakap ibu bapa tanpa banyak soal. Tetapi sekarang ibu bapa kena memberi sebab atau justifikasi supaya dapat membuka minda anak-anak.

Contohnya, dalam bab taabudiah (pematuhan) seperti mengapa Islam haramkan arak, khinzir dan sebagainya tentu ada sebab serta hujah mengapa ia diharamkan.

Bagaimanapun, dalam soal ketentuan seperti alam roh dan haid, kita kena patuh sahaja. Jangan dipersoalkan.

Dalam masyarakat Melayu ada bidalan ‘bapa borek anak rintik’. Bagaimana Islam melihat hal ini?

ALUWI: Ketepatan bidalan ini barangkali hanya kebetulan dan boleh dipertikaikan. Sebabnya bab iman ini bukan boleh diperturunkan daripada ayah kepada anak. Watak mungkin boleh dikaitkan. Ilmu dan iman ini perlu kepada pendidikan.

Oleh itu, bidalan sedemikian tidak boleh diterima sebab Islam melihat kepada iman dan amalan pada diri seseorang.

Selain dakwah bil lisan (percakapan) Islam menekankan kepada dakwah bil hal (perbuatan atau menunjukkan contoh). Namun, tidak semestinya ibu bapa yang soleh akan beroleh anak yang soleh walaupun logik akalnya kata begitu.

Demikian juga jika bapa itu terlibat dalam maksiat dan lain-lain kejahatan, tidak semestinya anaknya juga sedemikian.

Apa yang penting, kita hendaklah berusaha menjadi Muslim mukmin iaitu orang yang beriman dan beramal dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

Jangan kita terus terperangkap dengan rasa ego sehingga malu untuk mengakui kejahilan kita dalam hukum- hakam agama. Jangan kita terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan kehidupan yang abadi di akhirat sehingga mengabaikan hak dengan masjid, adik-beradik dan sebagainya.


Salam Semua.. he he he ada gaya jadi USTAZ dak... saje je nak kasi TAZKIRAH sikit.. bukan apa aku tengok tajuk nie macam sesuai jaa...jadi aku ambik la buat baca sama2 kat sini.... HIJRAH.. keyword dia kira SEO level tahap tertinggi la nie... banyak yg boleh hijrah.. apa yg dirasakan terancam anda HIJRAH.. cth..

  • MISKIN => KAYA
  • MALAS => RAJIN
  • JAHAT => BAIK
  • BODOH => CERDIK
  • NEGARA PERABIH DUIT => NEGARA BERKEBAJIKAN..... he he hangpa tau kot yg nie..



Sunday, January 27, 2008

Tip : Kawan-Kawan Jangan Lawan..

Salam semua,

Perghhh naik binau mata dok tengok screen PC nie dari pagi sampai skrg... ingat nak tutup kedai sat nanti sambung balik...

so far hangpa nak tau apa aku buat dari tadi sampai skrg.... so far aku nak bagi satu tip pasai Google Adsense mana nak tambah traffic mai kat blog...(sbb aku pkai blog..he he he)

Aku dapat nie dari sifu syed yg mana dia suruh kita berkawan dengan rakan2 blog alam maya nie... jadi hari nie dari pagi aku syik redah sana redah sini p berkawan dengan depa...

pie la cari blog depa tu dan p bagi la komen serba sedikit kata blog depa lawa ka come ka artikal best ka.. apa2 aja laa... kira kita bodek depa laa...

Jadi bila depa baca komen kita tentu depa minat mai blog kita..lalu tak reti2 nak layan depa plak kat blog kita....

So far teknik nie kira "LONG TERM".... kalau nak pukoi hari nie terus dapat tangkap aku rasa tak akan berjaya.... OK lah hangpa try la kalau yakin apa aku dok bebel nie.... kalau tak yakin hang pandai2 la p risik sifu syed tanya lebih detail lagi... he he he

*tanya dia tang nie.. ?????????????????????????
kira servis percuma nie mana tau dia mau jawab....

Ok aku blah dulu....

layan video nie plak...

Saturday, January 26, 2008

KATAK oh KATAK



Salam sahabat semua....
tak tau nak bebel apa dengan ko org so far lanie
dok penin lagi layan buat projek 2008..

jadi dalam nak release tension nie... nie dia aku kasi khas kat sahabat aku ISWARAHIJAU.. he he he

Friday, January 18, 2008

Merapu Hari ini....

Assalamulaikum semua...

Apa habaq... sory hilang 2,3 hari... tak tau nak update apanya... pastu asyik dok tengok dan baca eBook yg sahabat2 kasi tuu.. so far alhamdulillah baca kira OK dah sekarang mai bab nak Implement la plak... bila nak hayun buat benda tu tak tau laa lagi he he he

insya'allah lanie tgh dok gila musim buat Video.. aku pon tgh dok belajaq lagi... nanti terra aku cerita kat hangpa nak buat camna... lanie baru tahap ciput cipan level 1 jaa lagi....

Oklah nak bebel banyak pon takyah laa baik aku buat keja aku lagi syok...

ok chow cin chow.......

wassalam.

opss - esok jgn lupa posa 10muharram

Wednesday, January 16, 2008

Salam...

TQ bro Lubnan kasi ebook ko.. so far belom baca lagi... tengok la sikit bila ada masa FREE.. nie kira sebok sikit...(sebak apa dia pon tak tau..he he)

Ok tak nak bebel banyak..mata berat nampak huruf 'Z' jaa... jadi aku blah dulu la p...

ZZZZZZzzzzzzzzzzzzZZzzzzzZZZZZzzzzzz............!!!!!

Tuesday, January 15, 2008

Jom P kedai beli baju Kelawaq

Alhamdulillah... nampaknya ada sahabat aku telah jadi TOKEH KEDAI KAIN dah.. lalau dia suruh hangpa p la belek2 tengok kain baju di kedai dia... Nak p tak susah cuma 8jam saja dari KEDAH ke KELANTAN nuu... he he he...

USAH risau USAh baziaq masa sampai 8 jam perjalanan nak p sana semata-mata nak beli baju selai... kini dgn kecanggihan teknologi dan akan yg JENUH ALLAH swt bagi... jadi beliau telah buat KEDAI 24jam macam 7eleven.... di mana anda pie lah berapa kali pon akan ada seorang awek yg diupah khas dari lubnan utk jadi jurujual di kedai tersebut.... nie dia kedai dia... kedai nie kena pie alam maya laa.. opsss ingat maya karim la plak...

Alam MAYa nie maksud kedai dia Online 24jam sehari...lalu ini dia kedai beliau jom la kita pakat p beli baju kelawaq semoga malam karang kita boleh jd kelawaq.... he he he

img171/39/kaftanuc3.jpg
(klik banner)

Saturday, January 12, 2008

Sentimental Vs Rock....

Malam nie kita layan lagu lama plak...
NOSTALGIA nie...

anda ingatkah lagi lagu ini.....


lepas sentimental tu kita layan ROCK plak...
yeeeahhhh yeeaahhhhh.....


Sory laa geng wa bukan mai zaman 'sofaz' 'newboy' 'spoon' ' spool' semua tuuuu....

waaa zaman.... yeeeahhh yeeahhhh.... he he he....

Layan jangan Tak Layan.....

Friday, January 11, 2008

Godek Sana Godek Sini.........

Salam...

Apa cerita.... entah tak tau aku nak cerita apa dengan ko orang semua... apa yg dok buat cuma godek sana godek sini.... godek apakenama pon tak tahu....

Agak aku 4 hari nie kira time aku 10jam sehari depan PC.... hasil adsense pun just paling banyak 59sen... he he he... semalam paling banyak dapat 0.01sen... he he he....

entah laa bila nak kaut banyak2 pon tak tahu... so far sifu aku cakap sabaq kena step by step... lanie dok step by step lanie... dan projek pertama aku lanie dok kumpol blog bola... tak kira bola liga mana... cuma liga malaysia aku kureng ambik sikit... ko org tau pon pasai apa..!! Apa2 pon janji KEDAH beat SELANGOR 6-2.... ha ha ha.. sory org Selangor.... dan Malam esok siap ko PERAk.. nak kena ratah plak....he he he

OKlah tak tau nak merapu apa dgn ko org... so far aku belum practise lagi yg eBook bro Naem punya Insya'allah next cycle aku try yg tu... lanie dok try backlink..deeplink....menatang apa pon tak tau nie....huah huah huah.....

Ok geng chow....

*ops..sapa ada blog bola kasi aku ok kaa....!!

Monday, January 07, 2008

Tip : how to make Adsense USD25k in 1 minute




He he he dont try this at home......

Apa itu RSS..?

सलाम...
he he he sah tak faham tuu...

SALAM...nie dia aku dapat teknik apa itu RSS.... hang pa tengok la camna apa itu RSS.. aku main bantai jaa..

Alhamdulillah....eBook mari mengenal tag & ping dah dapat

Syukur alhamdulillah nampaknya eBook yg di idam2kan nak baca tu dah dapat jadi biaq saya baca dulu apa cerita..nanti saya kasi kepada sahabat2 semua..rasanya kalau nak dapat FREE pon nak kena buat cam Sifu Naem buat jugak kot...mai komen kat blog nie... he he he

tunggu dululah tengoklah nanti camna nak buat kasi kat memba2 semua..bukan apa nie pon kira amanah dr bro naem jugak kasikan pada sahabat..nie amanah dia

takpe..gini maksud saya. Ebook ini hanya diedarkan kepada 50 orang je.hanya 50 orang ni je yng berhak nak bagi kat sesiapa plak lepas tu. Maksudnya lepasa saya dapat 50 orang, saya akan stop bagi ebook ni. kalau nak,orang lain kena minta pada sesiapa dari 50 orang yang terawal yang telah terpilih.

kalau nak bagi kat diorang, bagi je..takpe..bezanya cuma ebook tu ada nama sureduit punya.sy dah letak.

sekian


Rakan Adsense Anda
OK sahabat semua biaq kawe study sat॥pastu nak kena download lagi eBook nie....
sabaq sat noooo...... he he he....

Sunday, January 06, 2008

Dok Belajaq TEKNIK Tag n Ping

Salam...

Nampaknya seorang SIFU sudi nak kasi FREE satu TEKNIK utk kita semua... Jadi aku pon tengah dok nak cuba dapat FREE lee... apa yg dia nak bagi tuu... so far dari aku dok tengok TEKNIK nie kira canggih jugak...mau tak canggih.. just 3hari buat blog mau datang mai sampai 1k lebih visitor... tak jelous kee kalau tengok.. he he he

OK bro Naem TQ sekali lagi....

Nie ada cerita sikit pasai teknik nie...

Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma

Ebook Percuma Dari DiariAdsense

Persoalan :

  1. Apa nama ebook?
  2. Apa kepentingannya dalam berblog?
  3. Bagaimana mendapatkan ebook?

Isi Kandungan :

Kepentingan tag & ping :

  • membantu dalam indeks enjin carian yang lebih cepat
  • meningkatkan backlink
  • memperbaiki ranking SERP dalam enjin carian
  • meningkatkan traffik

Kupasan ebook :

a) terbahagi kepada 5 bahagian utama

  1. BAHAGIAN PERTAMA: Mengenali Tag,Ping, Social Bookmarking Site Dan Proses
  2. BAHAGIAN KEDUA : Optimasi Tag Di Technorati & Icerocket
  3. BAHAGIAN KETIGA : Plugin,Software Dan Laman Web Social Bookmarking Site
  4. BAHAGIAN KEEMPAT: Bagaimana Memastikan Tag Dikesan
  5. BAHAGIAN KELIMA : Ilmu Hitam Dalam Social Bookmarking

b) kandungan setebal 30 mukasurat sahaja
c) diedarkan hanya kepada 50 orang terawal sahaja ( termasuk hakmilik untuk mengedar )

Imej Ebook : masukkan imej ebook

Screenshot ebook : masukkan screenshot ebook

Tindakan : sila kunjungi...

- e-Book FREE

Buat Harta Online..

Salam Semua...

So far aku lanie dok try nak belajaq buat duit guna Adsends... Insya'allah aku akan try the best nak kutip ILMU dari rakan tailan semua.... dan kepada yg sudi nak kongsi2kan ILMU tu TQ aku ucapkan... Almaklomlah....baru nak bertahtih, nak kutip duit kat GA pon baru masyuk sehari 0.20usd je yg max (ha ha ha) dok nengok yg sahabat mau naik tension dan jelous dok kumpol harta...

Insya'allah dengan ada seorg GURU yg sudi nak ajaq aku...akan aku jdkan thn 2008 nie tahun kumpoi harta online....

Salam Sahabat

Salam Sahabat,

Nie dia aku dah buat blog aku nak comunicate dengan sahabat semua.... sblm nie buat dah tapi entah pegi kat mana pon tak tau....

OK ada apa2 pasal sureduit hangpa mai tang nie he he he

Related Posts with Thumbnails