Friday, October 23, 2009

1,000 usahawan Internet setahun



Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad (KPUISB) mensasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 usahawan Internet dalam tempoh setahun.

Pengerusi Eksekutifnya, Nizam Mukhtar berkata, sasaran itu membantu merealisasikan misi 'Satu Keluarga, Satu Perniagaan' melalui perniagaan Internet dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Menurutnya, Internet dijadikan medium kerana perniagaan seumpama itu tidak memerlukan modal besar berbanding perniagaan konvensional lain.

"Internet kini adalah keperluan hampir setiap orang. Penggunaannya juga semakin meningkat setiap hari dan bakal menjadi satu kewajipan pada masa akan datang.

"Dengan pembelajaran dan pendedahan, Internet akan menjadi suatu medium yang boleh digunakan setiap keluarga untuk menjalankan perniagaan," katanya pada Sinar Harian.

KPUISB ditubuhkan bertujuan memberikan perkhidmatan sokongan kepada individu yang berminat menjalankan perniagaan Internet meliputi kursus pembelajaran, bantuan teknikal dan pemasaran.

Nizam berkata, kebanyakan pusat latihan usahawan Internet hanya menyediakan perkhidmatan bersifat jangka pendek dan tidak menawarkan khidmat sokongan selepas itu.

"Kami bukan sahaja menawarkan latihan kepada usahawan Internet, malah memberikan kemudahan kepada ahli koperasi dengan memberikan faedah berupa potongan harga ke atas barangan berkaitan seperti perisian, buku panduan dan e-buku.

"KPUISB berhasrat menjadi pusat setempat dan peneraju khidmat sokongan kepada usahawan Internet di seluruh negara. Justeru, kami akan sentiasa berinteraksi dengan ahli bagi menggalakkan pertumbuhan perniagaan mereka," katanya.

Menurutnya, penyertaan 500 ahli disasarkan menjelang akhir tahun ini dengan sasaran jangka panjang untuk mewujudkan lebih ramai usahawan Internet di Malaysia.

Setakat ini, KPUISB mempunyai 85 ahli dan tumpuan hanya diberikan kepada penyertaan individu. Kebanyakannya sudah pun berjaya meraih keuntungan menerusi pembabitan mereka dalam sektor perniagaan.

KPUISB adalah koperasi usahawan Internet di Malaysia bakal memulakan proses pembelian dan penawaran saham kepada ahli sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata, terdapat rancangan untuk membuka koperasi di setiap negeri dalam tempoh dua tahun akan datang dan menjadikannya sebagai pusat rujukan kepada usahawan Internet di seluruh negara.

"KPUISB turut merancang untuk mengadakan program jelajah di seluruh negara bermula Januari 2010 bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai koperasi.

"Ia akan dimulakan di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching sebelum meluas ke seluruh negara," kata Nizam.

Saturday, October 10, 2009

Cara Nak Kesan YM Invisible atau Tidak....

Nie Dia aku jumpa satu web dimana hangpa boleh kesan kawan hangpa nie suka menyembunyikan diri atau tak sewaktu dia online dia punya YM... nampaknya semakin canggih sekarang kepala otak manusia pikiaq nak overite apa yg otak orang lain buat hebat dunia nie syeihhh... hebat... itulah kurnian Allah swt jadi gunakan lah sebaik-baiknya...

khai-ym

hangpa masukkan saja nama YM kawan hangpa tu lepas tuu klik la kat CHECK tuuu lepas tu akan keluaq laa dia ONLINE ka OFFLINE ka ATAU INVISIBLE.... dia akan habaq kat situ....

Nie Link dia : http://www.4invisible.com

p/s: pada yg nak check AWEK dia ONLINE ka TIDAk @ INVISIBLE dan sedang YM dgn org lain di alu-alukan guna benda nie he he he....

Teknik Nak Bagi Clear Line Internate Anda..

Assalamualaikum,

relas Sat Noo.. Bukan apa tension jugak dok melayan Internate nie bukan apa line berokband nie dah la macam sial campoq pulak dengan aku punya seterimix pon macam sial...sat boleh konet sat putus sat boleh entah laa nak kata apa pon tak tau...

tapi memba aku cadangkan satu antena nak bagi kat aku katanya boleh tarik line bagi clear sikit... lalu dengan x'cited aku pon mintak la kat dia menatang tuu...

tapi mangkuk hayun punya memba... menatang nie yg dia bagi....



nak marah pon tak gamak nak gelak pon ada.. dunia dunia....

Tuesday, October 06, 2009

Cara Hendak Buat Blog Dari Blogspot

Daftar di Blogspot.

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.

Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:

1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.

(klik imej untuk besarkan)

2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.

3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.

(klik imej untuk besarkan)

Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.



Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.



Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?

(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”



Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.



Contoh sidebar yang dihasilkan:

Ok, Sampai di Sini Dulu

Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^

Related Posts with Thumbnails