Saturday, August 20, 2011

Tip perniagaan Internet: 2 Teknik Mendapatkan Pelanggan Tanpa Had


Sureduit, tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau ingin mulakan, peluangnya adalah perniagaan tersebut sedia mempunyai pesaing. Sering kali, pesaing yang ramai.

Oleh itu, bagaimana caranya untuk mendapat dan merebut pelanggan dikalangan pesaing anda?

Salah satunya adalah dengan menggunakan Internet untuk mendapat pelanggan tanpa had kepada apa sahaja perniagaan anda.

Secara offline, mungkin kita dapat berjumpa dengan 2-3 prospek perniagaan sahaja sehari. Namun, dengan adanya Internet, anda boleh "berjumpa" 200-300 atau 2000-3000 atau lebih sejari! Bayangkan sambutan pada perniagaan anda dengan penambahan prospek sebegini.

Apa yang anda perlukan sebagai permulaan adalah - akaun Facebook (mungkin anda sudah sedia punyai) dan juga Blog.

Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan anda oleh kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma- tiada kos kepada anda!

Facebook pula berfungsi sebagai platform membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda. Membina hubungan adalah amat penting dalam membina jenama (seperti yang dikongsikan di webinar Formula Facebook)

Gabungan Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpahad untuk apa sahaja perniagaan anda- tak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara offline!

Related Posts with Thumbnails