Wednesday, August 26, 2009

Tips Berjaya Dalam Jaringan Sosial Online

600 juta orang di dunia pada masa ini terlibat aktif dalam penggunaan jaringan sosial online, blog, dan laman web foto. Bagi anda yang belum pernah mengikuti atau ingin memperluas jaringan yang dimiliki, tips-tips ini semoga akan bermanfaat.

1. Bersikap Selektif
Terdapat banyak sekali jaringan sosial di dunia maya, seperti Facebook, Friendster, Twitter, Flickr, MySpace. Tidak mungkin untuk mempunyai akaun di semua jaringan itu. Anda harus mengetahui tujuan membuat jaringan sosial tersebut kerana setiap jaringan memiliki fungsi masing-masing, seperti apakah mahu menambah teman? Mengetahui apa yang orang lain sedang lakukan? Mempromosikan berbagai karya muzik dan video?

2. Tetap Fokus
Untuk memiliki jaringan sosial online yang sukses, anda harus menyemak setiap perkembangan terbaru setiap hari.

3. Siapakah Dirimu
Tampilkanlah informasi tentang diri kamu dengan baik, tetapi jangan terlalu berlebihan supaya tidak menarik perhatian cyber-stalkers.

4. Tetap Aktif
Pastikan tetap berhubungan dengan teman-teman secara rutin misalnya ikut perbincangan online, memperbaharui status, atau memberikan komentar. Tetapi janganlah berlebihan karena anda boleh di kata sebagai 'spammer' oleh teman-temanmu.

5. Have Fun
Buatlah sederhana kerana berhubungan dalam jaringan sosial online sangat menyenangkan. Anda boleh menambah teman, bersosial, dan berbagi kepentingan yang sama.


Thursday, August 13, 2009

Aduhhh Nak Beli Ka Tak Nie..???

hajat nak beli yang nie...mampukah aku bayaq bulan2 nie..
so far duit adsense dan lain2 tu datang tak berapa maintain lagi..
sekejap banyak sekejap sikit...

dua tiga kucing berlari
lari sampai ke muara
adakah ini yg ku cari
sebuah MPV bernama EXORA




Monday, August 10, 2009

Semak Kualiti Handphone ANDA



Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??

Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera...

Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . ...)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk

Wednesday, August 05, 2009

Macam-Macam cara buat duit melalui internate..salah satunya...

Cinta Internet, gadis diperdaya RM19,879


LAM menunjukkan laporan polis berhubung penipuan
melalui Internet di pejabat MCA, Jalan Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Helah seorang lelaki memikat seorang gadis melalui Internet membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan wang sebanyak RM19,879.29 daripada gadis terbabit setelah berpura-pura ingin mengahwininya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 39, memberitahu, dia mengenali lelaki yang bernama Raymond itu menerusi sebuah laman web yang dilayarinya dua bulan lalu.

"Bermula dengan satu pesanan darinya yang mengaku tinggal di United Kingdom, hampir setiap hari kami berhubung sehinggalah kami menjadi mesra," ceritanya pada sidang akhbar di pejabat Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong di Ampang di sini semalam.

Menurutnya, kerana kasih, Raymond berjanji akan mengirimkan sebuah komputer riba, pemain digital MP3, sebentuk cincin dan banyak lagi menerusi kargo selepas berbual pada 26 Jun lepas.

Selang tiga hari kemudian, Lam telah dihubungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Keiran mendakwa mewakili sebuah syarikat kargo Skynet memintanya memasukkan RM16,379.29 sebagai cukai kastam ke atas barangan yang dikirim oleh Raymond. 

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 

Hari Sabtu              : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad              : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin                : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa            : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu              : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis          : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat          : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Tuesday, July 14, 2009

Teknik Tambah Traffic Dari Sifu ADAR

Inilah jawapan dari sifu ADAR pasal soalan aku nak tambah traffic.. so far ini jawapan yg dapat dikongsi bersama...


adar adar is offline
Administrator

adar's Avatar



Originally Posted by Sureduit View Post
Assalamualaikum & salam sejahtera...

ada sesiapa tahu caranya..boleh le kongsi2 disini..

SD, aku tulis secara ringkas la cara yg au tau.

1. email marketing. kalo ko rajin forward email2 menarik kat kwn2 atau yahoo groups, jgn lupa letak link blog hang sbg signature.

2. social networking mcm myspace.com, friendster.com. kalo leh register guna address USA pastu add kwn USA je. dah add nnt apa lg, komen dan bubuh la link blog kroang dlm komen mrk. tang ni kena pandai agar org USA approve komen ko.

3. social bookmark mcm delicious, digg dan lain2 lg. yg ni aku tak berapa mahir sgt sbb masih dlm proses belajar.

4. SEO. keke... ni aku slalu buat. link spam, exchange link dan submit link kat directory.

6. video marketing. aku malas buat ni sbb PC lembab nak edit video. tp aku ada satu video blog dan bila aku upload video, aku upload ke banyak tempat, bukan kat youtube je tp kat tempat lain2 gak. ok la. konsisten gak trafic vlog aku tu. dlm 30-40 unik visitor.

5. g kat technorati dan search blog2 yg sama niche gn blog ko. pastu lawat blog mrk dan komen post mereka. amik la dlm 50-100 blog yg banyak visitor.

aku tulis secara kasar je. mcm mana korang nak buat dan apply bergantung pada diri sendiri.

Tuesday, June 30, 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Assalamualaikum Muslimin / Muslimat,

Untuk renungan dan peringatan bagi kita semua.


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita
akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..


TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!


UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!


JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang
bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam
kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk
dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

Related Posts with Thumbnails