Wednesday, March 26, 2008

Pssssstttt......!!!!!!

Salam semua....

masih belom dapat tumpu kat projek internate nie... sabaq sat laa nak kena settle beberapa hal lagi... JUST update nak habaq kata ADMIN still alive he he he....

OK sahabat2 semua jika ada apa2 jgn malu2 mai kongsi le dgn saya.....

Friday, March 14, 2008

ADMIN: lepas demam dah...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semuanya dah selesai.. musim raya pon dah habis dah.. ada yg gumbira ada yg muka masam mencuka.. bukan apa ada yg menang tak disangka dan kalah jugak tak disangka...

kepada yg menang ayuh tunaikan amanah yg ALLAh swt kurniakan itu.. dan pada yg kalah..bawak2 lah muhasabah diri tentu ada yg tak kena tuu...

OK back to biz online pulak... so far tak ada apa nak ceritak sebab baru nak buka buku semula... almaklomlah tinggai semua kerja tumpu ke arah musim raya tempohari...

OK geng ada benda best nanti wa kongsi...

-Negeri aku dapat pemerintah baru.. Insya'allah kita tengok macamana corak pemerintahan mereka.. yg baik kita terima jika sama ja kita ROTAN semula.. he he

Friday, February 15, 2008

Musim Demam..

Salam semua... APA HABAQ...

Sory la musim2 demam nie kureng sikit rasanya
nak update..tapi cuba try p laa tgk camna kalau sempat kawe update p laa serba sedikit...

So far nak habaq yg ClixSense

dah dapat kaut 1usd dan...jika tak ada apa keberatan nak upgrade rasanya tapi mau tau laa musim demam nie...he he he

GA aku pon so far alham'dulillah dah meningkat ke 50sen sehari...ok la tuu..sambil dok tunggu sifu aku balik makan angin di Timor tengah... bila dia balik nanti boleh la 'pau' ilmu dia lagi... he he he....

OK kepada yg belom cuba CS 'clixsense' try p laa..kalau abis maleh pon register p laa..sekureng2nya dah derma kat aku 10sen..hehehe (kaedah anda nak kasi $$$$ kat aku)

Ok sahabat semua sempena musim demam nie hang renung p laa lagu keramat nie....


Buatlah Pilihan yg Bijak........

Thursday, February 07, 2008

Clix Sense la pulak...

Salam Semua...

Gong Xi Fa Chai...
sat nak cari banner :)

Ok lah malam tadi dah makan BESAQ kira bagus la semua dah kenyang tuu...

nie aku bagi satu program baru aku jumpa kira OK la meh kita pakat2 layan..sbb ada masyuk nie... cth dah ada dah cek dah dapat dah nganga lagi meh la kita belasah sebelom dia padam... he he he



mari mari mari...........

meh pakat KLIK sini... dok nganga lagi...'
Pilih aja yg mana SUKA....





Wednesday, January 30, 2008

10 Pre-coupling Money Musts

You're in love, you're committed, and now you've decided to take the big step that says "I'm yours/you're mine." Congratulations! Before you seal the deal though, get your financial affairs in order. Why? Because among the chief reasons couples often split are fights over issues that deal with money.

Here are 10 tips that will ensure you start off on sound financial footing before you co-mingle your finances with those of your prospective partner:

1. Check your credit report: Is it accurate? If not, take steps to have the record set straight.
“A good credit rating means you and your partner can buy that house or furniture.”
A good credit rating means you and your partner can buy that house or furniture.

2. Put a cap on credit card limits: If you leave yours open-ended it might be too tempting to spend, spend, spend. And soon it will be the two of you buying things!

3. If either of you own a business, assess its value. Regardless of whether the business is large or small, knowing what it is worth is important. Get a business appraiser to help you with this one. The two of you may want to grow this business, but knowing its worth and projected worth could be valuable.

4. If either of you have real estate, assess its value. How much equity do you have? Find out. You and yours might want to use it to buy a bigger place.

5. If either or both of you have pension plans, 401Ks, or IRAs, you need to know what they are worth today and inquire as to what they will be worth when you and your partner want to kick back and retire one day. Keep contributing to these plans.

6. Prepare a reasonable budget:
“Tally up what it's been costing you to live alone on a monthly basis.”
Tally up what it's been costing you to live alone on a monthly basis. Now, do it again with your partner in mind because soon you will be living on a budget for two! What's your new bottom line?

7. Organize your paperwork: Putting all your account numbers, financial statements, bank records, stock certificates and other items that have to do with your finances in one three-ring binder is one more way to get your financial house in order. Don't forget to keep it updated.
8. Make sure your taxes are current: You certainly don't want to go into a relationship with tax bills -- personal or property -- hanging over your heads. If you owe the IRS, pay them. A clean slate is important to the overall health of your relationship.

9.Prepare to close existing accounts and open new ones
: This goes for utilities, department store accounts, your online service -- anything you and your partner will both be using. You've heard the term: share and share alike.

10. If you have these, update your will and trust(s): This item is often the one most couples overlook but could become extremely important in terms of "who gets what" and "who handles what," should you be faced with an unexpected catastrophic circumstance or disability.

Sureduit : hangpa jgn ingat ini tip aku plak..nie aku ambik kat news yahoo tadi nie.. rasa sesuai utk tatapan warga blog semua... jd pakat2 laa ambik panduan mana yg elok noo....

Tuesday, January 29, 2008

Wajib berhijrah jika diri terancam


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.

Bagaimanapun, hijrah itu dituntut jika manusia berhadapan dengan beberapa keadaan. Ini termasuklah berhijrah untuk memperbaiki kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ABDUL NAZIR MOHAMED menemu bual Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman bagi membahaskan isu ini.

Mega: Apakah konsep hijrah yang masih perlu dilakukan oleh umat Islam?

ALUWI: Walaupun hijrah sebagaimana Rasulullah s.a.w. sudah tidak ada namun ada masanya kita wajib berhijrah terutama dalam usaha menyelamatkan iman dan Islam.

Hijrah masih wajib dalam keadaan di mana makin lama kita duduk di suatu tempat itu kita makin terganggu untuk beribadat, berhadapan dengan tentangan daripada jiran-jiran atau semakin susah hidup kita.

Kalau berterusan kita duduk di kawasan tersebut, dibimbangi persekitarannya akan merosakkan iman dan menjejaskan ketakwaan kita dan keluarga kepada Allah.

Dalam keadaan biasa, hijrah atau berpindah tempat itu hukumnya harus. Jangan kita bimbang berhijrah ke tempat baru jika ia sudah mencapai tahap wajib pindah.

Hayatilah firman Allah: Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (an-Nisa’: 100)

Apakah pula konsep jihad dalam aspek kekeluargaan?

ALUWI: Dalam hidup berumahtangga misalnya, jihadnya adalah bagaimana mahu membina keluarga supaya ia menjadi yang terbaik. Seterusnya merealisasikan slogan ‘rumahku syurgaku’.

Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya). (an-Nahl: 80)

Namun, kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung kepada persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka.

Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t. harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga.

Apakah antara ramuan membina ‘rumahku syurgaku’ ini?

ALUWI: Terdapat beberapa ramuan ke arah mencapai ‘rumahku syurgaku’. Asas paling penting ialah sewaktu proses pemilihan calon suami. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang antara lain maksudnya, apabila datang kepada kamu orang yang betul-betul kamu berkenan (untuk dijadikan menantu) dari segi agama dan akhlaknya hendaklah kamu terima. Jika tidak ia akan menjadi fitnah.

Islam menekankan aspek peribadi calon suami iaitu mestilah beriman selain melihat kepada rupa paras, keturunan dan hartanya.

Hal ini ditekankan kerana suami adalah ketua keluarga. Malah Allah turut menjelaskan tanggungjawab ini menerusi firman-Nya: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah belanjakan sebahagian dari harta benda mereka. (an-Nisa’: 34)

Ciri kedua ialah saling memahami dan bantu-membantu baik dalam urusan dunia mahupun akhirat. Ini juga adalah antara inti pati permohonan Nabi Allah sewaktu bermunajat kepada Allah.

Yang ketiga ialah kesefahaman (taffahum). Bagi saya, pasangan suami isteri hendaklah menjadikan kelainan pada ciri pasangan itu sebagai keserasian. Jangan jadikan ia faktor bertentangan.

Keempat, bergaul dengan elok dengan isteri dan juga kaum keluarga termasuk mertua. Ini termasuklah menjaga tingkah laku, sopan santun dan adab bercakap.

Keamanan dan kesejahteraan dalam sesebuah keluarga adalah amat penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Setiap ahli keluarga hendaklah melaksanakan hak masing-masing dengan sempurna.

Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.

Kelima, tumpu dan curahkan 100 peratus kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Adalah tugas dan tanggungjawab suami isteri mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah.

Ini dijelaskan oleh firman Allah: Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ia mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir. (al-Rum: 21)

Dari segi mendidik anak-anak masa kini, apakah pendekatan yang perlu digunakan?

ALUWI: Saidina Umar al-Khattab ada berpesan, didiklah anak kamu mengikut zamannya. Dengan kata lain, jangan didik anak sekarang berdasarkan zaman kita kecil dahulu.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekarang, ibu bapa perlu kepada kemahiran mendidik anak dan kepentingan menuntut ilmu. Mereka perlu tahu tentang komputer, Internet, teknologi digital dan sebagainya.

Namun, semua kemajuan dan teknologi itu perlu mempunyai hubungan dengan Allah. Contohnya, jangan disebabkan asyik dengan permainan atau melayari Internet kita lupa solat. Atau kita melayari laman-laman web lucah dan sebagainya.

Anak-anak perlu diterapkan dengan konsep ihsan iaitu seolah-olah kita melihat Allah atau sekurang-kurangnya meyakini bahawa kita sentiasa dalam pemerhatian Allah.

Dulu anak-anak tidak membantah dan menurut sahaja cakap ibu bapa tanpa banyak soal. Tetapi sekarang ibu bapa kena memberi sebab atau justifikasi supaya dapat membuka minda anak-anak.

Contohnya, dalam bab taabudiah (pematuhan) seperti mengapa Islam haramkan arak, khinzir dan sebagainya tentu ada sebab serta hujah mengapa ia diharamkan.

Bagaimanapun, dalam soal ketentuan seperti alam roh dan haid, kita kena patuh sahaja. Jangan dipersoalkan.

Dalam masyarakat Melayu ada bidalan ‘bapa borek anak rintik’. Bagaimana Islam melihat hal ini?

ALUWI: Ketepatan bidalan ini barangkali hanya kebetulan dan boleh dipertikaikan. Sebabnya bab iman ini bukan boleh diperturunkan daripada ayah kepada anak. Watak mungkin boleh dikaitkan. Ilmu dan iman ini perlu kepada pendidikan.

Oleh itu, bidalan sedemikian tidak boleh diterima sebab Islam melihat kepada iman dan amalan pada diri seseorang.

Selain dakwah bil lisan (percakapan) Islam menekankan kepada dakwah bil hal (perbuatan atau menunjukkan contoh). Namun, tidak semestinya ibu bapa yang soleh akan beroleh anak yang soleh walaupun logik akalnya kata begitu.

Demikian juga jika bapa itu terlibat dalam maksiat dan lain-lain kejahatan, tidak semestinya anaknya juga sedemikian.

Apa yang penting, kita hendaklah berusaha menjadi Muslim mukmin iaitu orang yang beriman dan beramal dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

Jangan kita terus terperangkap dengan rasa ego sehingga malu untuk mengakui kejahilan kita dalam hukum- hakam agama. Jangan kita terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan kehidupan yang abadi di akhirat sehingga mengabaikan hak dengan masjid, adik-beradik dan sebagainya.


Salam Semua.. he he he ada gaya jadi USTAZ dak... saje je nak kasi TAZKIRAH sikit.. bukan apa aku tengok tajuk nie macam sesuai jaa...jadi aku ambik la buat baca sama2 kat sini.... HIJRAH.. keyword dia kira SEO level tahap tertinggi la nie... banyak yg boleh hijrah.. apa yg dirasakan terancam anda HIJRAH.. cth..

  • MISKIN => KAYA
  • MALAS => RAJIN
  • JAHAT => BAIK
  • BODOH => CERDIK
  • NEGARA PERABIH DUIT => NEGARA BERKEBAJIKAN..... he he hangpa tau kot yg nie..



Sunday, January 27, 2008

Tip : Kawan-Kawan Jangan Lawan..

Salam semua,

Perghhh naik binau mata dok tengok screen PC nie dari pagi sampai skrg... ingat nak tutup kedai sat nanti sambung balik...

so far hangpa nak tau apa aku buat dari tadi sampai skrg.... so far aku nak bagi satu tip pasai Google Adsense mana nak tambah traffic mai kat blog...(sbb aku pkai blog..he he he)

Aku dapat nie dari sifu syed yg mana dia suruh kita berkawan dengan rakan2 blog alam maya nie... jadi hari nie dari pagi aku syik redah sana redah sini p berkawan dengan depa...

pie la cari blog depa tu dan p bagi la komen serba sedikit kata blog depa lawa ka come ka artikal best ka.. apa2 aja laa... kira kita bodek depa laa...

Jadi bila depa baca komen kita tentu depa minat mai blog kita..lalu tak reti2 nak layan depa plak kat blog kita....

So far teknik nie kira "LONG TERM".... kalau nak pukoi hari nie terus dapat tangkap aku rasa tak akan berjaya.... OK lah hangpa try la kalau yakin apa aku dok bebel nie.... kalau tak yakin hang pandai2 la p risik sifu syed tanya lebih detail lagi... he he he

*tanya dia tang nie.. ?????????????????????????
kira servis percuma nie mana tau dia mau jawab....

Ok aku blah dulu....

layan video nie plak...

Related Posts with Thumbnails